Tatacara biasa persediaan dan sambungan Talian_Pelanggan_Digital

Sambungan fizikal mestilah didahulukan. Pada pihak pengguna, Penghantar-terima DSL, atau ATU-R, atau lebih dikenali sebagai modem DSL, disambung pada talian telefon. Syarikat telefon (telco) menyambungkan hujung talian yang satu lagi kepada DSLAM, yang menumpukan sejumlah besar sambungan DSL individu kepada satu kotak tunggal. Kedudukan DSLAM bergantung kepada telco, namun ia tidak boleh diletakkan teramat jauh daripada pengguna oleh kerana pemerosotan, kehilangan data yang disebabkan oleh rintangan elektrik dalam jumlah besar yang ditembung semasa data bergerak di antara DSLAM dan modem DSL pengguna. Adalah biasa bagi beberapa blok-blok kediaman disambungkan kepada satu DSLAM.

Apabila modem DSL dihidupkan, ia akan melalui sebuah tatacara segerak. Proses sebenar berubah mengikut modem tetapi umumnya melibatkan langkah-langkah berikut:

  1. Penghantar-terima DSL melakukan percubaan kendiri.
  2. Penghantar-terima DSL memeriksa penyambungan di antara DSL dan komputer. Bagi variasi kediaman untuk DSL, selalunya ini ialah port Ethernet (RJ-45) atau port USB; dalam model-model jarang, port FireWire digunakan. Modem-modem DSL lama memakai antara muka ATM tempatan (biasanya, antara muka sesiri 25 Mbit) Selain itu, beberapa variasi DSL (misalnya SDSL) menggunakan sambungan sesiri segerak.
  3. Penghantar-terima DSL kemudiannya cuba untuk bersegerak dengan DSLAM. Data cuma boleh masuk ke komputer apabila DSLAM dan modem telah disegerakkan. Proses penyegerakan adalah pantas secara relatifnya (dalam lingkuanga saat) tetapi amat rumit, melibatkan banyak percubaan yang membolehkan kedua belah hujung sambungan untuk mengoptimumkan prestasi mengikut ciri-ciri talian yang digunakan. Unit modem luaran atau berdikari mempunyai penunjuk berlabel "CD", "DSL", atau "LINK", yang boleh digunakan untuk menandakan modem tersebut telah tersegerak. Semasa penyegerakan lampunya bercahaya; apabila tersegerak, lampunya terus menyala, selalunya berwarna hijau.

Get laluan DSL moden mempunya kefungsian yang lebih banyak dan selalunya melalui tatacara pengawalan yang amat serupa dengan but PC. Imej sistem dimuatkan dari memori flash; sistem membut, menyegerakkan sambungan DSL dan mewujudkan sambungan IP di antara rangkaian tempatan dan pembekal khidmat, menggunakan protokol-protokol seperti DHCP atau PPPoE. Imej sistem selalunya boleh dikemaskinikan untuk membetulkan pepijat, ataupun untuk menambah kefungsian baru.